feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Anak tidak sah taraf hak ibu
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Anak tidak sah taraf hak ibu PDF Print E-mail
Wednesday, 22 February 2012 04:10pm
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Zanariah Abd Mutalib

Langkah Indonesia beri kuasa sama rata jagaan tak sesuai di Malaysia 

KUALA LUMPUR: Satu peraturan khas boleh diwujudkan untuk menjaga kebajikan anak tidak sah taraf di negara ini tanpa membabitkan undang-undang Islam yang tidak mengiktiraf hubungan anak itu dengan bapanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata peraturan itu boleh diwujudkan bagi memastikan tanggungjawab menjaga anak tidak sah taraf tidak hanya terletak kepada ibu, tetapi kepada bapa, sekali gus mengelakkan anak itu daripada terabai.

“Dalam Islam, anak tidak sah taraf tidak berhak mendapat hak seperti anak yang lahir melalui perkahwinan sah, termasuk mewarisi harta pusaka serta diwalikan bapa bagi anak perempuan. 

“Bagaimanapun, jika mahu dilakukan, satu peraturan boleh diwujudkan untuk kebaikan anak itu atas dasar tanggungjawab sosial dan bukan disabitkan atas nama agama,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Perlembagaan Indonesia yang memberi hak hubungan darah dan hubungan sivil dengan bapa dan keluarga bapa, kepada anak-anak lahir di luar pernikahan rasmi dan lahir di luar nikah. 

Ia sekali gus memberi hak kepada anak itu mewarisi harta pusaka bapa mereka, dengan syarat hubungan pertalian darah itu dapat dibuktikan secara saintifik atau alat bukti dibenarkan oleh undang-undang. 

Anak tidak sah taraf adalah anak luar nikah atau anak yang lahir kurang daripada enam bulan selepas tarikh perkahwinan. Anak tidak sah taraf tidak boleh mewarisi harta pusaka bapanya atau sebaliknya, dan hanya boleh mewarisi harta ibu atau sebaliknya. 

Nooh bagaimanapun berkata, perkara itu memerlukan kajian teliti termasuk dari segi implikasi undang-undang sedia ada. 

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Najibah Mohd Zin, berkata isu hak hubungan dengan anak tidak sah taraf dengan bapanya pernah ditimbulkan pada 2005, namun ia memerlukan kajian mendalam termasuk sama ada undang-undang itu boleh dilaksanakan di negara ini. 

Beliau berkata, secara umumnya berdasarkan mazhab Shafie, keputusan itu bertentangan dengan hukum Islam. 

“Bagaimanapun, kemungkinan wujud ijtihad lain yang diambil kira hakim sebelum membuat keputusan itu, lebih-lebih lagi undang-undang Islam di Indonesia lebih menjurus kepada panduan dan tidak terperinci,” katanya. 

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata isu itu boleh diperdebatkan pada masa akan datang terutama dengan mengambil kira kemaslahatan anak tidak sah taraf serta impak sosial dalam jangka masa panjang.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 230 guests and 4 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google