Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Akta ganti ISA pastikan pengganas tak terlepas
News
Berita/Komen Undang-Undang
Akta ganti ISA pastikan pengganas tak terlepas | Akta ganti ISA pastikan pengganas tak terlepas |
|
|
|
| Tuesday, 04 October 2011 08:50am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)KUALA LUMPUR 3 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira status beberapa pengganas yang masih ditahan di bawah undang-undang itu. Justeru tegasnya, penggubalan dua akta baru bagi menggantikan ISA perlu dibuat secara menyeluruh bagi memastikan penguatkuasaannya tidak memungkinkan suspek pengganas terlepas daripada hukuman gara-gara masalah teknikal semasa perbicaraan di mahkamah. "Mungkin terdapat kelemahan atau ruang di antara masa pembentukan dua akta baru itu sebelum pemansuhan ISA, jadi kerajaan perlu berhati-hati. "Justeru, dua akta baru itu perlu dipastikan mula berkuat-kuasa pada hari yang sama ISA dimansuhkan secara rasmi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Beliau menambah, penggantian serta penggubalan akta berkenaan dibuat kerajaan ekoran hasrat Barisan Nasional (BN) melakukan transformasi politik dan sudah mengambil kira sentimen masyarakat termasuk pandangan Majlis Peguam. Bagaimanapun, Nazri enggan mendedahkan nama akta-akta baru yang akan dibentuk bagi menggantikan ISA berkenaan. "Itu anda kena tanya Peguam Negara. Peguam Negara tahu dan beliau akan memberitahu Perdana Menteri sebelum Perdana Menteri mengumumkannya kepada rakyat, bukan saya," katanya. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















