KUALA LUMPUR 12 Okt. – Seorang peguam dari sebuah firma guaman terkemuka
yang didakwa atas tuduhan tidak mendedahkan segala maklumat mengenai hartanya,
menganggap tindakan mendakwanya di Mahkamah Sesyen di sini sehari sebelum
Aidilfitri sebagai sengaja untuk mengaibkannya.
Rosli Dahlan, 46, menyatakan perkara itu kepada mahkamah selepas memohon untuk
berkata sesuatu sejurus peguamnya selesai berhujah pada penghujung sesi hari ini.
“Mereka (BPR) sengaja mendakwa saya sehari sebelum umat Islam menyambut Hari
Raya Aidilfitri untuk memalukan saya apabila berhadapan dengan orang ramai
ketika ke masjid untuk menunaikan sembahyang raya esok,” dakwa Rosli dengan nada
tegas.
Selain itu, beliau mendakwa telah dipukul hingga meninggalkan kesan lebam di
samping tangannya cedera akibat digari dengan ketat ketika berada di pejabat BPR.
Katanya, dia telah meminta untuk membuat laporan polis tetapi tidak dibenarkan.
Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. M. Komathy Suppiah, Rosli yang
berbaju kot hitam, mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan.
Menurut kertas pertuduhan, Rosli didakwa telah menerima notis seperti yang
dikehendaki oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 32(1)(b) Akta
Pencegahan Rasuah 1997 bertarikh 17 Julai lalu, supaya memberikan pernyataan
yang benar dan mendedahkan segala maklumat yang diketahui olehnya.
Maklumat yang perlu didedahkan secara bertulis dengan bersumpah atau berikrar
ialah berkenaan harta alih atau tidak alih yang dimiliki oleh tertuduh atau
harta yang tertuduh mempunyai kepentingan dan segala punca pendapatan, perolehan
atau asetnya.
Rosli, bagaimanapun, didakwa telah dengan sengaja tidak mematuhi terma-terma
notis tersebut dalam pernyataan bersumpahnya bertarikh 20 September lalu,
apabila tidak mendedahkan maklumat yang dikehendaki.
Jumlah dan jenis aset yang didakwa terlibat bagaimanapun tidak dinyatakan secara
terperinci mahupun dilampirkan dalam kertas pertuduhan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 21 September lalu di pejabat
Timbalan Pendakwa Raya di Ibu Pejabat Pencegahan Rasuah di Putrajaya.
Pertuduhan mengikut Seksyen 32(2) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dikemukakan oleh
Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais dan Joyce Blasius.
Hukuman yang diperuntukkan ialah penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga
RM100,000 jika sabit kesalahan.
Komathy membenarkan Rosli dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Perbicaraan
ditetapkan mulai 21 hingga 25 April 2008.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Pengarah BPR, Abu Kassim
Mohamed berkata, peguam berkenaan telah ditahan di pejabatnya di Bangunan
Asialife, Jalan Tun Razak pada pukul 3 petang semalam.
Difahamkan, harta yang dimiliki peguam berkenaan ada kaitan dengan seorang
pegawai kanan polis di Bukit Aman yang sedang disiasat BPR atas dakwaan salah
guna kuasa dan gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta.
Sementara itu, Rosli membuat laporan tersebut berkaitan layanan dan tindakan
kasar pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang menahannya sehingga menyebabkan
bahu dan pergelangan tangannya cedera.
Laporan dibuat pada pukul 3.44 petang iaitu sebaik sahaja tertuduh yang didakwa
dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
Menurut laporan polis itu, kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, tiga orang
pegawai BPR datang ke pejabatnya.
Kemudian apabila pegawai itu pulang, tiba pula dua pegawai BPR yang dikenali
sebagai Sok One dan Azam yang didakwa bertindak kasar dan mengherdiknya.
Semasa kejadian pegawai tersebut juga telah menangkap, menjatuhkan dan menggari
sehingga menyebabkan bahagian bahunya mengalami kecederaan serta pergelangan
tangannya bengkak.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Seminar on an Introduction to the Industrial Relations Act (23 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 23 May 2012 (Wednesday). The seminar will be conducted by Wong Keat Ching. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.