KUALA LUMPUR 31 Okt. - Masalah seorang hakim terpaksa mengendalikan 5,000
perbicaraan kes sivil dan 100 kes jenayah di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang
dibangkitkan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi boleh diatasi jika
sistem Mahkamah Tinggi itu mengalami proses penambahbaikan.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, selain penambahbaikan,
kerjasama daripada tiga pihak khususnya peguam dan pihak Peguam Negara dengan
tidak selalu meminta penangguhan kes-kes penting, dapat mengatasi masalah kes
tertangguh serta beban pengendalian kes yang terlalu banyak oleh seseorang hakim
Mahkamah Tinggi.
''Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki
dan masalah itu tidak akan hanya dapat diatasi dengan penambahan bilangan hakim,
sebaliknya perlu ada kerjasama daripada semua pihak termasuk Majlis Peguam dan
pihak saya sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaki hari ini
berhubung masalah yang terpaksa dihadapi oleh seorang hakim apabila terpaksa
mengendalikan 5,000 kes perbicaraan sivil di mahkamah dan 100 kes jenayah.
Dalam kenyataannya itu, Zaki turut memohon supaya tiga pihak iaitu plaintif,
defendan dan peguam atau Peguam Negara tidak selalu menangguhkan kes demi
kelancaran satu-satu kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Gani berkata, Majlis Peguam dan Peguam Negara harus mengambil tanggungjawab
dalam usaha untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan
berkata, masalah kes tertangguh dan beban hakim mengendalikan kes perbicaraan
yang terlalu banyak telah berlarutan sejak 10 tahun lalu.
Oleh itu, katanya, kerajaan harus mempertimbangkan untuk melantik lima lagi
hakim tambahan bagi setiap Mahkamah Tinggi di seluruh negara.
''Apa yang dibangkitkan oleh Tan Sri Zaki dalam akhbar hari ini adalah benar,
namun masalah itu tidak akan dapat diselesaikan jika tiada rombakan dan
kemaskini dilakukan ke atas struktur dan proses pengendalian kes-kes di Mahkamah
Tinggi,'' katanya.
Beliau berkata, penstrukturan semula Mahkamah Tinggi harus dilakukan walau pun
ia jelas membabitkan kos dan penambahan bilangan hakim.
Katanya, sebagai contoh, Johor mempunyai dua Mahkamah Tinggi iaitu di Muar dan
Johor Bahru, Pahang pula di Kuantan dan Temerloh manakala Perak di Ipoh dan
Taiping.
Beliau menambah, Selangor juga memerlukan dua Hakim Mahkamah Tinggi bertempat di
Shah Alam dan Bangi atau pun Kajang.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
The Case of the Missing Penang Lawyer: Charity Treasure Hunt 2012 (12 Feb 2012) Organised by the Penang Bar Committee Social Subcommittee in aid of the National Autism Society of Malaysia (NASOM), this event will take place at Straits Quay, Penang, on 12 Feb 2012 (Sunday). Deadline for registration is 6 Feb 2012 (Monday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).