feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Pertandingan Moot Antarabangsa
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Pertandingan Moot Antarabangsa PDF Print E-mail
Wednesday, 29 October 2008 08:25am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Marzita Abdullah

BUAT pertama kalinya Malaysia diberi peluang untuk menjadi tuan rumah Pertandingan Moot Antarabangsa LawAsia ke-3 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini sehingga 31 Oktober ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Moot Antarabangsa, Raphael Tay, pertandingan tersebut dianjurkan Majlis Peguam manakala Kolej Universiti Taylor menjadi tuan rumah pertandingan tersebut.

Ia diadakan serentak dengan Persidangan LawAsia ke-21 yang bermula pada hari ini sehingga 1 November ini dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada pertandingan tersebut dua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan iaitu Kolej Universiti Taylor bersama- sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mewakili negara dalam pertandingan yang akan disertai 45 pasukan dari tujuh negara di seluruh dunia.

Kolej Universiti Taylor pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan yang sama pada tahun lalu di Hong Kong dan mendapat tempat kedua manakala tempat pertama dimenangi negara tuan rumah.

Pertandingan tersebut akan diadili seramai 45 hakim dari seluruh dunia antaranya dari Mahkamah Tinggi Malaysia, Mahkamah Rayuan Malaysia, Mahkamah Tinggi Australia, Queen's Council Australia, Queen's Council United Kingdom (UK) serta peguam- peguam terkemuka dari India dan Singapura.

Pertandingan yang kali pertama diadakan di Australia itu bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar senario sebenar proses perbicaraan di hadapan hakim dan juga kebolehan pelajar berhadapan dengan sesuatu kes dengan membentangkan fakta sebenar berdasarkan undang-undang.

"Di negara maju latihan moot adalah program wajib bagi setiap pelajar jurusan undang-undang berbanding di negara kita yang memberi ruang kepada IPT untuk memilih sama ada mahu melaksanakannya atau tidak,'' katanya.

Latihan itu penting sebagai latihan kemahiran untuk menjadi peguam yang cekap dan ia suatu komponen yang penting dalam sekolah undang-undang kerana kemampuan seseorang peguam dilihat melalui kebolehan menyampaikan hujah berdasarkan undang-undang di hadapan hakim.

"Tanpa melalui latihan itu walaupun seorang pelajar layak menjadi peguam namun tanpa kebolehan tersebut mereka masih memenuhi kecekapan sebagai seorang peguam.''

"Walaupun mereka mampu berhujah dari segi akademik tetapi tanpa kebolehan berhujah secara berdepan terutama di bawah tekanan, maka ia gagal membentuk peribadi seorang peguam yang cekap,'' ujarnya.

Kata Raphael, melalui pertandingan yang terbuka kepada pelajar jurusan undang-undang dari seluruh dunia itu, mereka yang menyertainya berpeluang untuk berhadapan secara terus dengan hakim-hakim yang terkemuka.

"Peluang sebegini jarang diperoleh oleh peguam sebenar apatah lagi para pelajar yang selalunya hanya berhadapan dengan para pensyarah,'' katanya.

Malah para pelajar juga berpeluang untuk menghadiri persidangan tersebut dan bertemu dengan peguam-peguam terkemuka di samping menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang guaman dan undang-undang daripada pembentang-pembentang kertas kerja dari seluruh dunia.

Sementara itu, bagi pelajar Kolej Universiti Taylor terutama pelajar jurusan undang-undang mereka juga dilantik sebagai sukarelawan persidangan di samping menjadi tuan rumah pertandingan itu.

Menurut Raphael, pemilihan kolej universiti itu sebagai tuan rumah adalah berdasarkan komitmennya terhadap usaha meningkatkan kemampuan pelajar jurusan undang-undang terutama memastikan latihan moot adalah sebagai komponen wajib dalam program perundangan di kolej universiti itu.

Menurut Pengarah Program Sekolah Undang-undang Kolej Universiti Taylor yang juga ahli jawatankuasa pertandingan tersebut, Rajeswari Kanniah, pelajar jurusan undang-undang di kolej universiti itu telah bersedia berhadapan dengan industri perundangan di negara ini.

"Walaupun mereka mempunyai tahap akademik yang sama dengan pelajar perundangan dari universiti lain tetapi mereka lebih baik kerana dilengkapi dengan kemahiran seperti latihan moot,'' katanya.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 90 guests online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google