website statistics
feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Penjelasan Presiden Badan Peguam Malaysia
Advertisement
Penjelasan Presiden Badan Peguam Malaysia PDF Print E-mail
Contributed by Ambiga Sreenevasan   
Thursday, 24 July 2008 06:37am

Ambiga Sreenevasan©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Badan Peguam Malaysia


PADA 13 Julai 2008, Utusan Malaysia menerbitkan artikel bertajuk Utusan Malaysia didakwa lancarkan perang ke atas Majlis Peguam (artikel pertama). Pada 15 Julai 2008, Utusan Malaysia menerbitkan satu lagi artikel bertajuk Pelik dengan 'kerenah' Majlis Peguam (artikel kedua).

Suka saya memaklumkan kepada pihak tuan bahawa kedua-dua artikel tersebut kononnya memetik kata-kata saya pada suatu forum bertajuk Perlembagaan Malaysia Demokrasi dan Kenegaraan yang dianjurkan oleh National Council of Women's Organisation (NCWO), yang telah dipengerusikan oleh saya (forum tersebut).

Dalam artikel pertama, pihak tuan telah memetik kata-kata saya dengan tidak tepat. Selain itu, saya juga dapati pernyataan-pernyataan yang lain telah dipetik di luar konteksnya. Sayugia diingatkan bahawa pada forum tersebut saya telah memberi kata-kata aluan dan pendahuluan dalam memperkenalkan topik perbincangan yang bertajuk Perlembagaan Malaysia, Demokrasi dan Kenegaraan (The Constitution of Malaysia, Democracy and Nationhood).

Selanjutnya saya berasa gusar bahawa artikel pertama tersebut telah memberikan gambaran yang berat sebelah di samping membuat rumusan yang tidak tepat terhadap pandangan, cadangan serta pendapat yang telah diutarakan pada forum yang berlangsung selama tiga jam tersebut.

Ahli-ahli panel yang telah dijemput oleh NCWO untuk memberikan pendapat mereka pada forum tersebut terdiri daripada mereka yang terkenal dan terkemuka dalam bidang masing-masing iaitu Datuk Dominic Puthucheary, Profesor Madya Dr. Azmi Sharom dan Lim Heng Seng.

Artikel tuan bukan sahaja gagal menonjolkan pandangan penting yang telah dikemukakan oleh mereka bertiga, bahkan artikel tuan memberikan gambaran yang salah tentang apa yang telah dinyatakan pada forum tersebut.

Akibatnya boleh dilihat pada kandungan artikel kedua yang telah dicetak oleh pihak tuan. Untuk makluman tuan, pandangan yang telah diberikan pada forum tersebut adalah berbeza-beza dan dinyatakan dalam suasana bebas dan bertanggungjawab.

Artikel kedua pula adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Dr. Ahmad Zaki Ismail. Beliau telah memetik kata-kata dalam artikel pertama dan selanjutnya membuat anggapan bahawa pernyataan seperti berikut telah dibuat oleh saya pada forum tersebut. Saya amatlah terkejut dengan dakwaan ini memandangkan saya tidak menyatakan pernyataan berikut pada forum tersebut:

• Secara terang-terangan beliau menuduh akhbar ini tidak mendokong aspirasi pembaharuan yang sudahpun diterima oleh media elektronik dan media cetak yang lain. Tanpa segan, beliau juga mendesak malah menuduh bahawa kerajaan menggunakan akta kawalan media cetak untuk membelenggu kebebasan maklumat. Akta ini kononnya patut dirombak dan tidak sepatutnya diguna pakai lagi.

• Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menuduh Utusan Malaysia masih di bawah kawalan parti politik pemerintah dan memainkan peranan mengawal maklumat tertentu demi kepentingan pemerintah. Kerana itulah akhbar ini tidak memberi liputan meluas kepada aktiviti badan yang diterajui beliau dan pada masa yang sama memperkecilkan mereka secara berterusan.

Akibat petikan-petikan yang (dengan salahnya) dianggap telah dibuat oleh saya serta yang dipetik di luar konteks tersebut, artikel kedua seterusnya telah membuat pernyataan-pernyataan yang telah menyelar Majlis Peguam. Pendapat yang diberikan dalam artikel kedua tersebut adalah tidak berasas sama sekali bahkan yang lebih penting lagi mengandungi unsur-unsur yang boleh membakar semangat pembaca Utusan Malaysia. Sekali lagi saya berpendapat bahawa isu ini adalah satu kritikan yang tidak adil terhadap Majlis Peguam.

Saya juga ingin membawa perhatian tuan bahawa:

• Badan Peguam Malaysia adalah pertubuhan berbilang kaum dan yang telah mempunyai pemimpin-pemimpin yang cemerlang dan terbilang daripada semua kaum.

• Ahli-ahli Majlis Peguam adalah dipilih oleh ahli-ahli Badan Peguam Malaysia.

Saya ingin menjelaskan bahawa Majlis Peguam sentiasa menganjurkan hak kebebasan bersuara bagi semua warganegara kita. Bagaimanapun saya juga percaya bahawa kebebasan sedemikian haruslah dikembarkan bersama tanggungjawab untuk melaporkan fakta-fakta dengan benar.

Saya berpendirian bahawa membincangkan isu-isu berkenaan perlembagaan dan undang-undang adalah menjadi hak asasi bukan sahaja kepada Badan Peguam Malaysia bahkan juga setiap rakyat negara ini.

Hak untuk membincangkan isu-isu tersebut bukan sahaja berada di tangan pihak kerajaan atau ahli politik sama ada dari parti pemerintah atau parti pembangkang, setiap warganegara berhak membincangkan isu sedemikian secara jujur dan adil dan dalam suasana yang sihat dan aman.

Begitulah caranya sesuatu tamadun berkembang dan maju. Saya sesungguhnya percaya bahawa, setelah 50 tahun merdeka, rakyat Malaysia telah mencapai kematangan yang membolehkan kita untuk membincangkan isu-isu tersebut dengan bersopan santun, tenang dan berbudi bahasa, apatah lagi jika kita sebenar-benarnya ikhlas menerima prinsip 'kedaulatan undang-undang' yang menjadi salah satu terus Rukun Negara.

Saya akan terus menyokong perbincangan yang dijalankan dengan aman dan adil atas apa-apa isu termasuklah perkara yang mengkritik diri saya sendiri ataupun Majlis Peguam ataupun para peguam secara amnya kerana isu-isu ini merupakan perkara yang berada dalam kepentingan ramai.

Namun begitu, dalam melaporkan kata-kata seseorang, saya berpendirian bahawa pihak yang berkenaan semestinya berusaha untuk memastikan apa yang dilaporkan adalah tepat.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana surat khabar yang mengkritik diri saya. Namun begitu, berdasarkan prinsip yang sama, saya juga seharusnya diberi peluang untuk menyatakan pandangan saya dan untuk membalas apa-apa tohmahan yang telah dilemparkan ke atas diri saya.

Saya maklum dan sedar bahawa dalam memberikan jawapan saya ini, mungkin akan menimbulkan pandangan lain. Saya menyambut baik kesemua pandangan ini.

Akhir kata, saya berbesar hati dan mengucapkan sekalung tahniah kepada Utusan Malaysia kerana mengakui hak saya untuk menyatakan pendirian saya dengan menerbitkan surat ini dengan sepenuhnya yang mana tindakan ini adalah selaras dengan prinsip kejujuran kewartawanan yang tertinggi.

Comments (6)Add Comment
FAIR AND DIGNIFIED RESPONSE, AMBIGA
written by Haji Sulaiman Abdullah, July 24, 2008

I must say, "Well done" to the President. This is a fair and dignified response to Utusan Malaysia. It clearly sets out the position of the Malaysian Bar. At the same time it shows we are not prepared to sit back and just allow attacks on our integrity.

It is a pity we have to do this time and time again but that is a small price for standing up for Liberty and Justice.

Haji Sulaiman Abdullah

TIME TO FIGHT BACK
written by Ding Chu Teck, July 24, 2008

The rightist under the "naungan" of the power that be, will not spare any opportunity to light the fire of racism, religious fanaticism, separatism, fear, in order to cling to their status quo.

These people have been "bermaharajalela" in all institutions and spheres of Malaysian life for a long long time. It is time we right-thinking citizens fight back and expose them.

Well done, Dato' Ambiga.

Ding Chu Teck

Mengenali yang Hak dan yang Batil.
written by Jamal Ridzuwan Bin Musa, July 24, 2008

Saya berpendapat akhbar Utusan Malaysia perlu tahu bagaimana hendak melaporkan sesuatu berita sama ada ia adalah hak atau pun ia adalah batil.

Penjelasan dari Presiden Majlis Peguam itu sebenarnya ada kewajarannya kerana kebebasan bersuara adalah suatu hak yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, yakni, undang-undang tertinggi tanahair.

Maka, media jika hendak melaporkan sesuatu, laporkanlah dengan tepat. Jangan secara semberono memutar-belitkan fakta dengan tujuan hendak mengelirukan rakyat kerana rakyat kini tahu dalam mengenali yang hak dan yang batil.

Jamal Ridzuwan Bin Musa

Jelik dengan pemikiran sempit dan politik perkauman
written by Syahredzan Bin Johan, July 24, 2008

'Pemilik' Utusan Malaysia serta mereka yang bertanggungjawab terhadap akhbar tersebut dianggotai oleh golongan ultra yang berfikiran sempit.

Golongan ini seringkali ingin membezakan di antara 'kita' dan 'mereka'. Apabila dilihat sesuatu individu atau pertubuhan itu tidak berfikiran seperti mereka, individu atau pertubuhan itu akan terus dilabelkan sebagai 'anti-Melayu', 'pencabar', 'kurang ajar', 'liberal', 'pengkhianat' dll.

Dan dengan menggunakan media massa seperti Utusan, mereka cuba untuk mempengaruhi dan meracuni minda rakyat jelata dan masyarakat Melayu khususnya, menakut-nakutkan mereka dengan 'momok' bahawa 'bangsa lain' dan 'Melayu liberal' sentiasa ingin merampas dan menghakis hak-hak mereka.

Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan untuk survival politik mereka.

Syahredzan Bin Johan

MANA H.I.T.O. DAH PERGI?
written by Stephen Tan Ban Cheng, July 24, 2008

Well done, Ambiga, well done.

We Malaysians must also thank the Almighty that we are in the cyber age. With that, we also thank the Almighty that mainstream newspapers no longer hold the sway over the rakyat jelata they once enjoyed.

The basic tenets of journalism - honesty, integrity, truth and objectivity or HITO for short - appear to have been honoured more in the breach than the observance.

It is all right for any newspaper to be a campaigning newspaper but once they lose HITO, they lose their credibility. Credibility to any self-respecting newspaper, as I told my first editor-in-chief, the late George Wilson de Souza, is akin to the virginity of a maiden in the East.

I do not know how much that maiden head is prized today, but it was certainly very much prized when I was a bachelor back in the 1960s! Back then, if one marries a non-virgin, we send the girl back in utter shame to the family together with a pig's head with the snout cut off!

Stephen Tan Ban Cheng

Malaysians need more of the necessary.
written by Tan Peek Guat, July 25, 2008

You have done the necessary.

Thank you, Dato' Ambiga, for taking the further trouble in doing the necessary in defending rights, and upholding truth and justice. This is what Malaysians need, and more of it! You have acted fairly.

It is indeed time for us lawyers to say 'bye-bye' to the newspaper that lacks 'straight fights'. Therefore, they are biased and curved in their opinions. We need to list out their editors, one by one; and for the 'products' that they sell, we certainly need to live without being accompanied by their unrighteousness, nor their presence around us.

Lest we be indoctrinated by them, we certainly need to stay clear of them, and probably cause them to get themselves out of the news-stands as well.

To stay with them around us means living a life that is worse than having to live with 'the non-virgin woman as a wife' - as of the olden days, and whose life is now made out to be so full of 'dirty' stories which neither my sisters nor myself have ever heard of - now or before, to have been told by our mother or grandmothers. However, stories being what stories are meant to be, they need to be, of course, tantalisingly made, and created by egoistic men! This is probably also what Utusan had tried.

We need to really thank God that we have so many DIVORCE LAWYERS around us these days who can always settle amicably all the grievances of disputing spouses - so that non is 'tortured' in any manner whatsoever.

Also, thank God for Rice, the SECRETARY OF STATE OF the US, that she has been so necessarily 'deposited into the world' - and be allowed to prove to the world that there is plenty more in a lady than the mere WOMAN that some egoistic men will or can ever see of the female, and of the 'lady' in her. This is besides the horrible fact that they at the same time, shamelessly forget who had borne them the kids that they are now so proud of, although not of her!

Tan Peek Guat


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

21st Lawasia Conference, Kuala Lumpur



show last 4hrs - 24hrs