website statistics
feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Pemuda UMNO selar Majlis Peguam membisu
Advertisement
Pemuda UMNO selar Majlis Peguam membisu PDF Print E-mail
Monday, 08 September 2008 06:47am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KOTA KINABALU 7 Sept. - Pemuda UMNO menyelar pendirian Majlis Peguam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengendali blog yang membisu terhadap tindakan tidak demokratik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menarik Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang.

Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihak yang mendakwa sebagai pembela hak rakyat itu sebaliknya seperti diperalatkan Anwar kerana hanya mampu mendabik dada meskipun tindakan Anwar nyata tidak demokratik serta merampas undi rakyat.

"Saya nak tanya mana dia suara masyarakat madani (NGO) dan mana suara Majlis Peguam yang kata suarakan kebebasan hak asasi? Kenapa mereka tidak keluar untuk mengkritik Anwar yang terang-terang melanggar hak asasi dengan menipu undi rakyat.

"Mana pengendali blog yang kata sokong demokrasi selama ini dan sokong hak asasi manusia? Kenapa mereka tidak bersatu untuk menentang pencabulan undi rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu Abdul Rahman berkata, beliau juga berasa hairan dengan sikap Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa sebagai suara demokrasi dunia tetapi terus berdiam diri terhadap tindakan Anwar itu.

Katanya, tindakan AS yang hanya mengkritik kerajaan dan membela Anwar seolah-olah mempunyai agenda tertentu.

"Kenapa waktu kononnya Anwar dianiayai mereka buat kenyataan itu ini mengkritik kerajaan dan kata kena ada demokrasi dan jaga hak asasi, tetapi masa Anwar nak menjatuhkan kerajaan tidak pula kedengaran pun suara AS," katanya.

Menurut Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, tindakan Anwar yang cuba memainkan politik jalanan dan menipu undi rakyat itu juga akan menyebabkan rakyat membelakangkan pakatan pembangkang.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

PKR wants to restore immunity of monarchy



show last 4hrs - 24hrs
November 2008 December 2008 January 2009
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 49 1 2 3 4 5 6
Week 50 7 8 9 10 11 12 13
Week 51 14 15 16 17 18 19 20
Week 52 21 22 23 24 25 26 27
Week 1 28 29 30 31