feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Pelantikan Dr. Badariah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Pelantikan Dr. Badariah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan PDF Print E-mail
Saturday, 22 September 2007 07:12am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan Malaysia supaya persoalan undang-undang berhubung pelantikan bekas pensyarah Dr. Badariah Sahamid (gambar) sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan demikian mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 di kamar beliau hari ini.

Beliau juga membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dari Jabatan Peguam Negara hadir mewakili kerajaan Malaysia manakala Badan Peguam Malaysia diwakili oleh dua peguam, Robert Lazar dan Mark Lau.

Jabatan Peguam Negara mewakili kerajaan Malaysia memohon supaya isu yang dipertikaikan berhubung interpretasi Artikel 122AB dan Artikel 123 Perlembagaan Persekutuan dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk penentuan ekoran saman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia.

Pada 27 Julai lalu, badan tersebut mengemukakan saman pemula untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pelantikan Badariah sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi sejak 1 Mac lalu adalah batal dan tidak sah.

Saman itu dikemukakan dengan alasan pelantikan tersebut bertentangan dengan Artikel 122AB yang dibaca bersama Artikel 123 perlembagaan tersebut yang menghendaki seorang peguam bela menjalankan amalan selama 10 tahun sebelum boleh dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Badan itu selaku plaintif menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam afidavit yang diikarkan oleh Presidennya, Ambiga Sreenevasan, 51, bagi menyokong permohonan Badan Peguam Malaysia itu, beliau mendakwa, badan itu tidak berniat merendah-rendahkan Badariah mahupun mempertikaikan keupayaan intelektual, pembawaan kehakiman ataupun kesesuaian pelantikannya.

Dakwanya, satu-satunya motif tindakan saman itu diambil adalah kerana pelantikan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, semakan yang dibuat terhadap Badariah mendapati bahawa beliau tidak pernah memohon Sijil Amalan atau Sijil Annual yang diwajibkan sebagai peguam cara dan peguam bela.

Semasa pelantikannya, Ambiga berkata, Badariah hanya seorang Pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) dan tidak berkhidmat di bawah Jabatan Kehakiman dan Perundangan.

Dalam afidavit Peguam Kanan Persekutuan, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang diikrarkan bagi menyokong permohonan defendan pula menyebut, Badariah telah memulakan latihan dalam kamar dengan firma guaman Tetuan P.L Tan & Mah pada 24 Februari 1987.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 205 guests and 3 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google