SEREMBAN 31 Mei – Seorang peguam yang namanya tersenarai di kalangan 25
pengamal profesion itu yang dicari polis mendakwa tertekan serta firma guamannya
bergelut dengan masalah setelah gambarnya disiarkan media.
Rosli Abdul Rahman yang mendakwa masih lagi mempunyai lesen sebagai peguam
berkata, akibat pendedahan itu hubungannya dengan keluarga juga terjejas.
Sehubungan itu dia yang kini berada di New Zealand kerana melanjutkan pelajaran
akan segera pulang untuk bertemu dengan pihak polis bagi menyelesaikan itu
tersebut.
Rosli merupakan peguam pertama daripada senarai 25 peguam yang dikehendaki itu
menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.
“Saya kini tertekan, firma guaman saya di Skudai (Tetuan Rosli Rahman & Co) kini
bergelut masalah, pada masa yang sama hubungan saya dengan keluarga juga
terjejas teruk apabila gambar saya disiarkan oleh media.
“Saya sudah jelaskan segala-galanya tapi mereka sukar nak terima, persepsi
mereka berbeza tambahan pula perkataan yang digunakan ialah diburu polis
seolah-olah saya melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di Cristchurch, New
Zealand, hari ini.
Rosli Abd. Rahman, salah seorang daripada 25 peguam yang dikehendaki Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman bagi membantu siasatan kes pecah
amanah.
Dalam pada itu, kata Rosli masyarakat Melayu di New Zealand yang mengikuti
perkembangan tanah air menerusi edisi online akhbar-akhbar Malaysia menelefonnya
untuk mengesahkan perkara itu kerana mengetahui beliau adalah seorang peguam.
“Mereka tanya saya ni Rosli bin apa... saya beritahulah bahawa Rosli bin Abd.
Rahman, saya tak mahu sorok apa-apa, namun saya pula dipandang serong,” katanya
yang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang kriminalogi di sebuah
universiti di New Zealand.
Semalam, Rosli melalui peguamnya Hanif Hasan menafikan terlibat kes pecah amanah
malah pada Isnin lalu, menerusi seorang peguam yang menguruskan firmanya di
Skudai, Johor, Mohd. Hanapi Haron membuat laporan polis berhubung perkara itu di
Tampin.
Ditanya bagaimana beliau mengetahui berita mengenai senarai 25 peguam yang
dicari polis itu, Rosli memberitahu, kakitangan firmanya di Skudai menghantar e-mel
dan disusuli khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkannya.
“Saya tidak mempercayainya, dan saya ingat ia satu gurauan. Untuk kepastian saya
melayari Utusan Online dan amat terkejut apabila membaca laporan mengenainya,”
katanya.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
The Case of the Missing Penang Lawyer: Charity Treasure Hunt 2012 (12 Feb 2012) Organised by the Penang Bar Committee Social Subcommittee in aid of the National Autism Society of Malaysia (NASOM), this event will take place at Straits Quay, Penang, on 12 Feb 2012 (Sunday). Deadline for registration is 6 Feb 2012 (Monday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).