feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Peguam ‘naik angin’
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Peguam ‘naik angin’ PDF Print E-mail
Tuesday, 18 September 2007 07:21am

P. Nalini©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran

SHAH ALAM 17 Sept. – Mahkamah Tinggi disini terpaksa berhenti rehat seketika untuk membolehkan seorang peguam bela menenangkan diri selepas beliau tiba-tiba meninggikan suara seolah-olah teramat marah semasa merayu agar hukuman terhadap anak guamnya diringankan.

Pesuruhjaya Kehakiman P. Nalini (gambar) yang mendengar kes itu terpaksa meminta peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid agar tidak terlalu emosi dan menyambung semula rayuan apabila dia sudah merasa tenang.

Pada mulanya, Imran yang dilihat bersahaja semasa memberitahu bahawa anak guamnya, Tegoh Aling, 48, telah memeluk Islam dan enggan menikahi semula Kachut Techik, 43, selepas mengetahui bekas isterinya itu menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

Menurut beliau, Tegoh telah pergi ke rumah Kachut untuk mengambil barang-barangnya selepas diminta berbuat demikian pada hari kejadian.

Setiba di sana, jelas beliau, Kachut telah memaki hamun Tegoh kerana enggan menikahinya semula dan mula membaling barang-barang ke arah tertuduh.

Katanya, anak guamnya yang hanya berdiam diri akhirnya hilang sabar apabila bekas isteri itu mula mencerca agama Islam dan membaling kitab suci al-Quran ke arahnya.

Tindakan provokatif itu menyebabkan lelaki keturunan Orang Asli itu menerkam dan menarik rambut Kanchut serta menghantukkan kepalanya ke lantai sebelum memukul leher mangsa dengan rotan sehingga menyebabkan kematiannya empat tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun memohon Tegoh dikenakan hukuman berat kerana provokasi yang ditimbulkan oleh mangsa tidak sepadan dengan perbuatan tertuduh terhadapnya.

Katanya, perbuatan tertuduh iaitu menerkam, menarik rambut, menghantukkan kepala mangsa ke lantai serta memukul leher mangsa yang lemah dengan rotan berkali-kali adalah kejam.

Kata-kata Wan Shaharuddin dibalas oleh Imran dengan nada yang tinggi: ‘‘Kehidupan seseorang berpegang pada ajaran agama yang dianuti beliau. Dalam kes ini, agama yang dianuti oleh tertuduh telah dicerca dan dihina, Jadi apa lagi yang lebih provokatif daripada itu.’’

Sementara itu, Tegoh yang berkerja sebagai pemandu traktor menukar pengakuan kepada bersalah pada 20 September lalu selepas pihak pendakwa meminda pertuduhan dari membunuh kepada menyebabkan kematian.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 88 guests and 3 members online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google