feed
Home arrow News/Articles/Notices arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Pegawai polis hanya isytihar harta RM10 juta
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Pegawai polis hanya isytihar harta RM10 juta PDF Print E-mail
Saturday, 13 October 2007 09:22am

©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran
Oleh V Anbalagan

KUALA LUMPUR:
Seorang pegawai kanan polis di Bukit Aman yang disiasat atas dakwaan mempunyai harta bernilai kira-kira RM27 juta, hanya mengisytiharkan aset berjumlah RM10 juta kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sumber BPR berkata, walaupun pegawai polis itu hanya mengisytiharkan separuh daripada jumlah yang didakwa dimilikinya, BPR tetap mahu menyiasat perkara berkenaan.

"Kami ingin tahu bagaimana seorang pegawai polis mempunyai harta RM10 juta dengan pendapatannya untuk tempoh masa perkhidmatan beliau," katanya di sini, semalam.

Difahamkan, BPR turut menggunakan khidmat akauntan menentukan jika pegawai polis itu boleh mengumpul jumlah harta sebanyak itu secara sah.

BPR tidak menolak kemungkinan ada harta pegawai polis itu diletak atas nama orang lain.

Sumber berkata, BPR menerusi timbalan pendakwa raya akan memberi peluang kepada pegawai polis itu untuk memberi penjelasan berhubung semua hartanya.

BPR mempunyai kuasa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 memerintahkan individu mengisytiharkan harta mereka.

Timbalan pendakwa raya sudah menyerahkan surat meminta pegawai polis itu mengisytiharkan hartanya mengikut Seksyen 32 akta berkenaan, Julai lalu dan beliau diberi 30 hari untuk berbuat demikian

Pada Ogos lalu, pegawai polis itu memohon lanjutan tempoh 30 hari lagi dan dibenarkan.

Julai lalu, akhbar ini melaporkan pegawai kanan itu disiasat BPR kerana disyaki menyalahgunakan kuasa, selain gagal mengisytiharkan harta kira-kira RM27 juta, yang dipercayai diperoleh secara haram.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 154 guests and 1 member online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google