feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Majlis Peguam tak patut persoal syarat baru bank
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Majlis Peguam tak patut persoal syarat baru bank PDF Print E-mail
Monday, 07 May 2007 11:11pm

Datuk Syed Amin Al-Jeffri©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR: Langkah dua bank terkemuka yang meletakkan syarat pembabitan Bumiputera dalam firma guaman yang menjalankan perkhidmatan dengan mereka perlu dipuji dan jangan dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia mampu membantu melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Sehubungan itu, rasa tidak puas hati Majlis Peguam dengan peraturan dua bank berkenaan yang dianggap meresahkan golongan peguam tidak tepat dan tidak wajar.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur, Datuk Syed Amin Al-Jeffri, meminta Majlis Peguam berpandangan jauh dengan mendalami semangat Malaysia bagi melahirkan masyarakat bersatu.

“Dalam apa juga perniagaan yang kita lakukan, perlu ada usaha sama yang tulen antara kaum, itulah semangat Malaysia.

“Apa salahnya pembabitan semua kaum dalam apa juga perniagaan, pembabitan semua pihak dapat memenuhi kehendak rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, yang menganggap dua bank terkemuka melakukan diskriminasi apabila meletakkan syarat pembabitan Bumiputera menjalankan perkhidmatan dengan mereka.

Peraturan yang dikenakan bank berkenaan memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada tiga rakan kongsi firma guaman yang ingin menjalankan perkhidmatan dengan mereka, adalah Bumiputera.

Firma guaman Bumiputera itu juga perlu memiliki sekurang-kurangnya 50 peratus ekuiti sebagai syarat untuk menjalankan perkhidmatan dengan bank.

Ambiga membidas peraturan ini kerana menganggap menyalahi semangat Perlembagaan Persekutuan dan meminta bank memilih firma guaman berdasarkan merit.

Berikutan itu, Syed Amin meminta Majlis Peguam tidak bimbang dengan peraturan itu kerana ia tidak menghakis peluang perniagaan mana-mana kaum.

Beliau berkata, peraturan bank itu adalah sesuatu yang baik dengan memberi peluang kepada golongan Bumiputera dalam bidang perniagaan supaya tidak ketinggalan daripada kaum lain.

“Langkah bank berkenaan bersesuaian dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Muslim, Datin Paduka Zaitoon Othman, bersetuju dengan langkah dua bank terbabit kerana ia akan memberi peluang kepada peguam Bumiputera yang berkebolehan menjalankan perkhidmatan mereka.

“Selama ini ramai peguam Bumiputera yang berkebolehan diketepikan kerana mereka tidak mempunyai peluang menunjukkan kebolehan mereka. Dengan ada peraturan sebegini, mereka tidak lagi diketepikan,” katanya.

Beliau berkata, peraturan yang ditetapkan itu tidak akan mengganggu gugat mana-mana firma guaman memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Sementara itu, Malayan Banking Bhd (Maybank), satu daripada dua bank yang mengenakan peraturan itu, dalam kenyataan akhbarnya menyatakan bank berkenaan tetap menilai kecekapan dan prestasi peguam cara sebelum menerima perkhidmatan mereka.

Bagaimanapun, Maybank akan menimbangkan segala maklum balas yang diterima daripada semua pihak berhubung isu berkenaan.

Comments (8)Add Comment
Yes, forgive us for questioning you.
written by Michelle Lee Su Lin, Tuesday, May 08 2007 12:17 pm

Syed Amin, you are right. I should not question such policies. I should accept them as my lot as a 2nd class citizen of this great country.

Speaking of this great country as she approaches her 50th year, I propose a new name to commemorate her achievements thus far. With her mindset and her policies, I believe that Oceania would be fitting! You know, the name of the country which was the subject of George Orwell’s 1984.

Yes Malaysia, I would sooner call you Oceania. You have successfully stomped out the last fibers of independent thought, freedom to conclude that 2+2=4, and hope that I will be judged by the content of my character and not the colour of my skin.

Yes, forgive me once again for questioning you.

Pujian
written by Clement G Lopez, Tuesday, May 08 2007 12:22 pm

Maka dengan ini saya memberikan pujian setinggi-tingginya kepada MADbank dan bank yang satu lagi atas polisinya yang amat berpandangan jauh. Syabas.

Saya harap Majlis Peguam akan menganjurkan satu perarakan saksaksa sebagai tanda terima kasih kita. Saya cadangkan perarakan mengelilingi MADbank dan supaya cuti umum diisytiharkan.

Dont kid yourself!
written by Derek John Fernandez, Tuesday, May 08 2007 01:39 pm

smilies/angry.gifAny discrimination on the basis of race, religion or gender is contrary to the values of civilized society. It is downright illegal and a voilation of Human rights and The UN charter. It is shocking that a public company uses race and religion as a creteria for giving work. It is no justification to say racial discrimination helps improve the economic standing of a particular race. Every race can argue that. If nothing is done then all other Banks, companies and institutions,can adopt policies to discriminate on the basis of race, gender or religion. Is this desirable? What if a bank tomorrow says that it will only deal with people who are white skinned or another bank says only chinease lawyers can do our work. Can you and I put up an advertisement for a job vacancy specifying a person of a particular race need not apply. Wosre still what if a company has a policy that it will only deal with firms who have woman partners who are willing to sleep with their top managenet. (its extreme, but where do u draw the line?) IT's time for Bank Negara and the government to regulate race, gender and reliogious based discrimination in public instituions. Yes certainly you can promote participation of a particular race in business as part of a national policy but never at the expense of denying another race the right to work on the basis of his or her race, gender or religion. Making firms change their equity structure on the basis of race in order to qualify to be on a panel is blantant discrimination. Consumers, investors and the public must be made aware of these issues, so they can make an informed choice as to whether they wish to do business which such instituions in the future. If this situation is not corrected it will damage national unity and destroy Malaysia's moral perogative at WTO, GATTS and the world stage.'' What u do to others, others can do to you'.

Penghinaan Berterusan...
written by Shaikh Abdul Saleem, Tuesday, May 08 2007 01:52 pm

Saya amat kesal dan malu dengan pengenaan syarat untuk pembabitan bumiputera di dalam firma guaman yang memberikan perkhidmatan kepada bank di negara ini. Ianya amat menyedihkan lagi apabila Presiden Persatuan Peguam Muslim memberikan sokongan kepada pengenaan syarat tersebut.

Sebelum saya memberikan pandangan saya berkenaan dengan pengenaan syarat mengenai firma yang mempunyai 50% bumiputra, saya ingin membuat sedikit komentar berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Datin Paduka Zaitoon Othman, presiden Persatuan 'Peguam Muslim'. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk meneliti nama persatuan yang diterajui oleh Datin Paduka Zaitoon untuk mencari perkataan 'bumiputera' atau 'melayu' di dalam nama persatuan tersebut. Saya juga telah cuba untuk menyusun semula abjad-abjad di dalam nama persatuan tersebut kerana khuatir akibat dari populariti buku "Da Vinci Code', nama persatuan Datin Paduka mungkin suatu 'anagram' bagi persatuan yang hanya melibatkan peguam 'Melayu' atau 'Bumiputra' sahaja. Malangnya saya gagal untuk mencari perkataan 'Melayu' atau 'Bumiputra' yang tersirat. Mungkin ini adalah kekurangan pada kebolehan saya.

Sebagai seorang peguam Muslim, berdasarkan nama persatuan Datin Paduka, persatuan ini juga kononnya mewakili saya. Persatuan ini juga seharusnya mewakili peguam-peguam yang lain yang bukan 'Melayu' atau 'bumiputra' yang menganut agama Islam (berdasarkan fakta bahawa Islam itu 'universal' dan tidak mengira darjat atau kaum). Oleh yang demikian dan berdasarkan prinsip asas 'Islam', saya gagal sama sekali untuk memahami bagaimana Datin Paduka boleh membuat kenyataan sebagai presiden Persatuan Peguam MUSLIM, menyokong langkah diskriminasi oleh kedua-dua bank tersebut.

Seterusnya, berkenaan dengan polisi yang mana firma-firma yang ingin menjadi ahli panel bank-bank tersebut mesti dimiliki sekurang-kurangnya 50% oleh peguam bumiputra. Untuk Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur, Persatuan Peguam 'MUSLIM' (PPM) dan kepada yang lain yang menyokong tindakan oleh bank-bank tersebut, saya ingin menanya satu soalan, tidakkah ada lagi perasaan malu?

Kita sudah merdeka selama 50 tahun. Sejak sekurang-kurangnya 10 tahun kebelakangan ini, setiap universiti tempatan mengeluarkan beratus-ratus graduan bumiputra yang mempunyai ijazah L.LB yang bersama-samanya diiringi sijil kelayakan, tanpa perlu melalui kursus CLP. Ini tidak mengambil kira graduan-graduan bumiputra dari luar negara. Dengan menyokong tindakan bank-bank tersebut, DPMM dan PPM secara langsung menyatakan bahawa semua peguam-peguam ini adalah pincang dan tidak boleh bertanding atas dasar saksama dan memerlukan pertolongan melalui tindakan diskriminasi sebegini! Adakah itu adil kepada peguam-peguam ini yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkan kelayakan masing-masing dan bekerja keras untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak guam mereka?

Guaman adalah suatu profession. Sekiranya DPMM dan PPM tidak faham, seorang peguam itu bukanlah seorang 'kontraktor kelas D atau F'. Beliau adalah seorang professional yang harus memberikan perkhidmatan professionalnya kepada anak guamnya. Melalui perkhidmatan yang diberikan inilah beliau dapat membina reputasinya. Tiada jalan lain dan tiada jalan pintas. Bangsa tidak harus dijadikan kayu pengukur bagi seorang professional seperti seorang peguam.

Untuk memudahkan DPMM dan PPM memahami perasaan malu dan marah saya yang membawa kepada luahan saya disini, saya syorkan agar membaca buku 'A Reluctant Politician- Tun Dr Ismail and His Time' oleh Dr Ooi Kee Beng berkenaan dengan riwayat hidup Tun Dr Ismail. Di dalam buku ini (mukasurat 82-83), terdapat petikan di mana Allahyarham Tun Dr Ismail telah menyatakan,

The Special Position of the Malays

This proved a less intractable problem because the leaders of the Alliance realised the practical necessity of giving the Malays a handicap if they were to compete on equal terms with the other races. The only point of controversy was the duration of the 'special position' - should there be a time limit or should it be permanent? I made a suggestion which was accepted, that the question be left to the Malays themselves, because I felt that as more and more Malays became educated and gained self-confidence, they themselves would do away with this 'special position' because in itself this 'special position' is a slur on the ability of the Malays and only to be tolerated because it is necessary as a temporary measure to ensure their survival in the modern competitive world: a world to which only those in the urban areas had been exposed.

Memandangkan luahan saya ini di dalam Bahasa Kebangsaan, izinkan saya menterjemahkan ayat yang paling penting di dalam petikan ini,

"Saya telah menyarankan yang mana ianya telah diterima, bahawa soalan tersebut (berkenaan jangka masa) ditentukan oleh orang Melayu sendiri, kerana saya berpendapat bahawa apabila lebih ramai lagi orang Melayu yang berpendidikan dan memperolehi keyakinan diri, mereka sendiri akan meninggalkan 'kedudukan khas' kerana 'kedudukan khas' ini merupakan suatu penghinaan keatas kebolehan orang Melayu dan ianya hanya diperlukan sebagai langkah sementara untuk memastikan kewujudan mereka untuk bersaing di dunia moden : dunia yang mana hanya mereka di kawasan bandar telah didedahkan."

Saya percaya bahawa saudara Syed Amin dan Datin Paduka Zaitoon adalah tergolong dari orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan mempunyai keyakinan diri yang juga tinggi. Tambahan lagi, saya mendapati dari laman web Majlis Peguam Malaysia bahawa Datin Paduka Zaitoon juga merupakan seorang 'barrister' lulusan Lincoln's Inn.

Saya percaya bahawa peguam-peguam Melayu yang pada hari ini memberikan khidmat guaman di Malaysia juga adalah dari golongan yang sama (mungkin tidak di Lincoln's Inn tetapi masih menerima pendidikan tinggi, berkeyakinan tinggi dan menerima pendedahan kepada dunia moden). Berdasarkan fakta ini, masihkan perlu, peguam Melayu atau bumiputra yang terdiri dari golongan professional berpendidikan tinggi dan terdedah kepada dunia moden bersandarkan kepada 'kedudukan istimewa' yang lahir 50 tahun dahulu? Malangnya, berdasarkan artikel di Berita Harian tersebut, DPMM dan PPM berpendapat bahawa peguam Melayu atau Bumiputra masih lagi memerlukannya.

Sebaliknya, saya berpendapat bahawa 'penghinaan' selama 50 tahun adalah lebih dari mencukupi...

Shaikh Abdul Saleem

Peguam yang berkebolehan diketepikan?
written by Ng Chung Yee, Tuesday, May 08 2007 01:58 pm

Bagaimanakah polisi ini melahirkan peguam yang berwibawa? Peguam-peguam yang berwibawa mampu bersaing samada diberi peluang ini atau tidak. Itulah sebenarnya maksud berwibawa. Diskriminisi untuk mewujudkan peluang adalah satu 'penyakit' yang harus dikikis. Adakah ini satu syarat yang boleh dikenakan kepada masyarakat sedunia? Kini, kita berada di era globalisasi, sekiranya peraturan-peraturan sedemikian diperlukan untuk memberi peluang kepada sesetengah golongan, adakah kita mampu untuk berdaya saing?

Kepada yang melaung-laungkan supaya Majlis Peguam berpandangan jauh, siapakah sebenarnya yang mempunyai miopia?

Biarlah kita bersikap objektif tanpa terbawa-bawa dengan emosi yang berlandaskan perkauman. Saya yakin bahawa sebagai rakyat Malaysia, rahmat yang diberkati kepada negara kita harus dikongsi bersama.

Status bumiputera dapat menolong? Mungkin tidak.
written by Syamsul Adzha Bin Hassan, Tuesday, May 08 2007 05:33 pm

Saya rasa ini adalah satu extension dari NEP kepada sektor perbankan. Sebab itulah saranan Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya NEP dimansuhkan kerana ia hanya menolong kroni-kroni merompak kekayaan negara ini atas nama bumiputera dan melayu harus dipertimabangkan sewajarnya dan diterima. Sampai bila kita orang Melayu hendak bergantung kepada tongkat yang kita langsung tidak boleh harapkan. Saya sendiri adalah seorang bumiputera dan melayu tetapi saya tidak pernah lagi mendapat faedah langsung dari NEP atau apa-apa polisi lain berkenaan kuota bumiputera. Saya sendiri telah berusaha sedaya upaya untuk cuba memasuki panel bank-bank berkenaan tetapi masih gagal sehingga kini. Rakan kongsi saya adalah bumiputera juga dan melebihi 3 orang. Kenapa sampai sekarang masih belum diluluskan permohonan kami? Begitu juga permohonan untuk memasuki panel untuk developer GLC. Juga tidak mendapat sebarang respons. To me, I did not get any benefit from my bumi status save for getting 2 free bags of manure. Bagi saya, ini hanyalah satu lagi taktik untuk memperkayakan golongan-golongan kroni yang memang sedia kaya dan mewah. Siapa kata tidak terdapat kroni di kalangan kita? Oleh itu, tidaklah perlu kita bersusah payah membantah kerana tidak ramai golongan peguam bumiputera yang akan mendapat faedah dari "ruling" terbaru ini. Apa yang berlaku adalah suara-suara kita akan hanya menjadi suara sumbang yang sengaja dipekakkan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kita telah 50 tahun merdeka dan amat malang kebolehan peguam-peguam malaysia perlu diukur berdasarkan kriteria warna kulit dan sebagainya. Saya tegaskan bahawa peguam melayu tidak perlukan ruling ini untuk menolong mereka kerana hanya segelintir melayu/ bumiputera sahaja yang akan mendapat faedah dan yang lain hanya tengok dari luar sahaja seperti yang telah berlaku sejak sekian lama.

THREE WISE MONKEYS?
written by Stephen Tan Ban Cheng, Tuesday, May 08 2007 08:12 pm

So Malaysians must now behave like the three wise monkeys, is that it?

We see nutting, we hear nutting and we say nutting.

With respect, I do not think this is what our Founding Fathers envisioned for us as Malaysians. We are supposed to be a nation of proud people, people with grace and dignity, people finding our place as equals among the peoples of the First World nations.

Right now, we have second-rate people as leaders in a third-rate country. Dan kalau tak jaga, kita akan jatuh into the Fourth World.

Syabas Shaikh Abdul Saleem and Syamsul Adzha Bin H
written by Lim Tze Yee, Tuesday, May 08 2007 09:58 pm

I would like to say Syabas to Shaikh Abdul Saleem and Syamsul Adzha Bin Hassan personally for their well thought and well written comments. My sentiments exactly. I believe that many also share your thoughts on these issues, cronyism included. Syabas, once again.


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 471 guests and 6 members online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google