feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Majlis Peguam gesa siasat krisis badan kehakiman
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Majlis Peguam gesa siasat krisis badan kehakiman PDF Print E-mail
Sunday, 23 September 2007 07:54am

©Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam) akan menghantar memorandum kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rentetan krisis badan kehakiman negara sejak 1988.

Presidennya, Ambiga Sreenivasan, berkata kes terbaru membabitkan klip video kononnya mengandungi perbualan telefon antara seorang hakim kanan dan peguam yang didakwa cuba mempengaruhi pelantikan seorang hakim membuktikan betapa terjejasnya badan kehakiman negara.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, beliau berkata, Majlis Peguam akan menyerahkan surat kepada Perdana Menteri Rabu ini supaya dapat dibincangkan dalam Kabinet bagi mencari rumusan mengembalikan keyakinan umum terhadap badan kehakiman negara yang terjejas teruk sejak kebelakangan ini.

“Pada 6 Oktober ini, kami akan mengadakan mesyuarat agung tergempar jam 3 petang khusus bagi membincangkan krisis terbaru membabitkan badan kehakiman berikutan desakan sebahagian besar anggota.

“Majlis Peguam juga berpendapat sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan penubuhan Jawatankuasa Kehakiman bagi memastikan pelantikan hakim benar-benar bebas campur tangan mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat tergempar pucuk pimpinan tertinggi Majlis Peguam, khusus bagi membincangkan isu klip video itu.

Kata Ambiga, peguam dalam klip video itu akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Majlis Peguam yang dipengerusikan Tan Sri Khalid Ahmad manakala pihak polis dan jabatan Peguam Negara diminta bersikap telus menyiasat anggota kanan badan kehakiman yang dinamakan dalam klip itu.

Beliau bagaimanapun mengaku kesahihan klip video itu perlu dibuktikan terlebih dulu.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 187 guests and 1 member online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
May 2011 June 2011 July 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 22 1 2 3 4
Week 23 5 6 7 8 9 10 11
Week 24 12 13 14 15 16 17 18
Week 25 19 20 21 22 23 24 25
Week 26 26 27 28 29 30
Google