KUALA LUMPUR 18 Ogos - Peguam, Zulkifli Noordin berkata, sikap Majlis Peguam
yang anti-Islam dan berpihak menyebabkan beliau menyertai demonstrasi pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) Islam membantah forum Memeluk Islam anjuran majlis tersebut
pada 9 Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kulim/ Bandar Baharu itu menjelaskan, beliau tidak bersetuju
dengan pendirian Majlis Peguam yang selama ini mengamalkan sikap berpihak dan
anti Islam malah perkara itu telah berlaku ketika beliau berada dalam Exco
majlis tersebut.
''Majlis Peguam sentiasa mengamalkan sikap berpihak terutamanya dalam kes
Subashini dan Lina Joy. Forum sedemikian yang dianjurkan Majlis Peguam tidak
mungkin dapat dikawal kerana ia akan melibatkan pengaruh emosi," katanya di lobi
Parlimen di sini hari ini.
Beliau yang didakwa 'menghilangkan diri' selepas forum berkenaan bagaimanapun
berkata, kehadirannya dalam demonstrasi tersebut adalah atas tiket Persatuan
Peguam Pembela Islam dan bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Zulkifli turut menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau telah menceroboh
bangunan Majlis Peguam ketika forum berkenaan berlangsung.
''Saya ingin jelaskan bahawa saya berada di hadapan bangunan Majlis Peguam
tempoh hari kerana mewakili Persatuan Peguam Pembela Islam dan bukannya sebagai
anggota PKR.
''Perkara ini sudah saya jelaskan kepada Ketua Whip Pembangkang, Mohd. Azmin Ali
dan beliau menerima penjelasan saya. Setakat ini saya belum menerima sebarang
surat meminta saya memberikan tunjuk sebab kenapa saya berada di sana pada waktu
itu," katanya sambil mempersoalkan kewajaran untuknya memberikan surat tunjuk
sebab.
Sebelum ini, pemimpin PKR itu dilaporkan melahirkan rasa kurang senang dengan
kehadiran Zulkifli di kalangan kumpulan yang berdemonstrasi menentang forum
Memeluk Islam itu.
Bagaimanapun, usaha PKR untuk mendapatkan penjelasan daripada Zulkifli tidak
berhasil kerana beliau gagal dihubungi.
Jelas Zulkifli, ketika forum berkenaan berlangsung dan demonstrasi menjadi
semakin panas dan hampir tidak terkawal, Setiausaha Majlis Peguam telah
mempelawanya masuk ke dewan untuk melihat sendiri Presiden Majlis Peguam, Datuk
S.Ambiga menutup forum tersebut.
''Tujuan saya dipelawa naik ke atas ialah supaya saya dapat memaklumkan kepada
mereka yang sedang berdemonstrasi bahawa forum berkenaan sudah ditutup dan
meminta mereka supaya bersurai bagi membolehkan peserta forum meninggalkan
bangunan Majlis Peguam dengan selamat," katanya.
Tambah beliau, selepas forum berkenaan berakhir, beliau menjalankan beberapa
urusan peribadi dan dakwaan dirinya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) selepas forum tersebut adalah fitnah.
Dialog Terbuka dengan Emosi Terbuka written by Mohd Hezri Bin Shaharil,
Thursday, August 21 2008 12:50 pm
Sebagai seorang Muslim dan juga Ahli Majlis Peguam, saya sungguh kecewa dengan tindakan En. Zulkifli yang seolah-olah menyatakan bahawa Majlis Peguam mempertikaikan hak untuk memeluk agama Islam. Persepti seperti itu sama sekali salah dan naif. Kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklum bahawa terdapat beberapa isu PENTING di dalam perundangan yang perlu dibincangkan secara TERBUKA kerana ia melibatkan semua pihak termasuk yang bukan Islam. Jangan kerana En. Zulkifli merasakan bahawa dia benar maka seluruh umat Islam lain bersetuju dengan tindakannya. Sikap matang terutamanya dari golongan professional itu sangat penting terutamanya dari seorang wakil Parlimen seperti En. Zulkifli sendiri. Saya sendiri kadang kala terkeliru dengan perkataan "Isu Sensitif" ini. Sensitif pada siapa? adalah pada semua rakyat, segelintir pihak atau satu pihak. Janganlah dipolitikkan isu sebegini kerana ianya merugikan rakyat Malaysia. Mungkin kes Subashini dan Lina Joy sudah dianggap berakhir tetapi pernahkah En. Zulkifli terfikir akan perkara yang sama berulang lagi? Jika tidak diselesaikan sekarang bila lagi? Adakah bila semua pihak berasa tidak berpuas hati lalu memberontak baru mahu dibincangkan hal ini? Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui janganlah takut pada perbincangan kerana itu adalah perkara utama dalam setiap penyelesaian.
Mohd Hezri Bin Shaharil
Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
The Case of the Missing Penang Lawyer: Charity Treasure Hunt 2012 (12 Feb 2012) Organised by the Penang Bar Committee Social Subcommittee in aid of the National Autism Society of Malaysia (NASOM), this event will take place at Straits Quay, Penang, on 12 Feb 2012 (Sunday). Deadline for registration is 6 Feb 2012 (Monday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).