Jika sebelum ini, anda pernah merungut kerana memiliki sebuah kamar tidur yang
kecil, bayangkan nasib 42 orang kanak-kanak yang terpaksa berkongsi rumah dengan
tiga bilik tidur sahaja.
Inilah realiti yang yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak yang menumpang kasih
di rumah kebajikan milik Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Gembala Baik atau
“Good Shepherd Homes”.
Baru-baru ini, Kenny Lai (Pengerusi YLC Perak), Gavin Tang dan penulis telah
meluangkan masa melawat rumah kebajikan tersebut yang terletak di Kampung Baru
Buntong, Ipoh, Perak. Rumah kebajikan yang berada di bawah jagaan Saudara
Timothy @ Krishnan a/l Ambu Nair dan isteri ini menerima dan membantu anak-anak
yang kurang bernasib baik.
Pertama kali melangkahkan kaki ke rumah ini, hati terdetik apa istimewanya rumah
ini sehingga ia mendapat perhatian kami.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di rumah ini, hati berkata-kata “Benarlah kata
orang, kanak-kanak adalah manusia yang paling jujur dan adil”. Tanpa mengira
warna kulit dan kaum pengunjung, kanak-kanak ini terus menyapa dengan mesra
sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Kemesraan ikhlas yang ditunjukkan
boleh membuat sesiapa sahaja yang melihat merasa terharu.
Ditubuhkan di sebuah rumah dengan tiga bilik tidur yang menempatkan lebih kurang
42 orang kanak-kanak, rumah kebajikan yang sudah berusia 5 tahun ini, kini
semakin hari dirasakan semakin sempit kerana menerima pertambahan jumlah
penghuninya.
Kami difahamkan oleh Timothy, pihaknya sedang berusaha membeli sebidang tanah
kosong di belakang tapak asal bagi menampung jumlah kemasukan penghuni baru,
juga untuk memberi sedikit keselesaan kepada kanak-kanak yang berteduh di rumah
kebajikan ini.
Buat sementara ini, pihaknya menyewa sebuah rumah berhampiran bagi menempatkan
kanak-kanak perempuan.
Melihat keadaan persekitaran rumah kebajikan ini, kami bertiga bersepakat bahawa
apa yang mereka ada pada hari ini sudah tidak mampu lagi memberikan persekitaran
pembesaran yang kondusif dan selesa kepada kanak-kanak yang tinggal di rumah ini.
Sepertimana harapan pihak pengurusan rumah kebajikan ini, kami juga merasakan
bahawa ruang yang lebih besar dan selesa adalah satu keperluan yang mendesak.
Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan kawasan tersebut, ia memerlukan
perbelanjaan yang agak besar dan sebagai sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan
keuntungan, hasrat itu hanya dapat dicapai dengan bantuan pihak-pihak yang
prihatin.
Sehubungan dengan itu, rumah kebajikan Good Shepherd Homes telah dipilih sebagai
penerima dana yang diharap dapat dikumpul semasa Majlis Malam Amal yang
julung-julung kalinya akan dianjurkan oleh YLC Perak pada 29.06.2007 bertempat
di Ipoh City & Country Club pada pukul 8:00 malam. Majlis yang sama akan
diadakan secara serentak oleh YLC di tiga buah negeri yang lain iaitu Kuala
Lumpur, Melaka dan Johor.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.
Good reporting Dara! Many Thanks!
Kenny Lai Choe Ken