feed
Home arrow News arrow Bar News/Berita Badan Peguam arrow Kritik Selcat: Kenakan hukuman setimpal
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kritik Selcat: Kenakan hukuman setimpal PDF Print E-mail
Wednesday, 30 September 2009 10:48am

UtusanSHAH ALAM 29 Sept. - Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali perlu dikenakan hukuman setimpal kerana mengkritik dan mencabar integriti Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Gesaan dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Dengkil, Datuk Marsum Paing dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) yang digantung daripada menghadiri sidang DUN Selangor selama enam bulan pada Julai lalu atas kesalahan mengkritik Selcat.

Menurut Marsum, Hassan sepatutnya dikenakan hukuman lebih berat berbanding penggantungan lima ADUN BN termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Dr. Mohd. Khir Toyo atas kesalahan yang sama.

Katanya, Speaker DUN, Teng Chang Khim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Selangor perlu memanggil jawatankuasa itu untuk bermesyuarat segera bagi membincangkan perkara tersebut.

Ini kerana jelasnya, jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk mencadangkan kepada DUN bentuk hukuman terhadap Hassan seperti yang dilakukan terhadap lima ADUN BN berkenaan.

Marsum menegaskan, kes-kes yang dihadapi oleh beliau dan rakan-rakannya patut dijadikan rujukan untuk jawatankuasa itu bertindak secara adil.

''Jika kes dahulu, ADUN membuat komen umum tentang Selcat dikenakan hukuman gantung tugas, Hassan harus dikenakan hukuman lebih berat atas kapasitinya sebagai Exco kerajaan negeri,'' ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Julai lalu, Mohamad Khir (Sungai Panjang) digantung setahun daripada menghadiri sidang DUN kerana membuat kenyataan menghina kewajaran diwujudkan Selcat menerusi media dan laman blognya serta tidak menghadiri pendengaran awam pada Mac lalu.

Selain Marsum dan Mohamed Idris, dua lagi ADUN BN iaitu Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Mohd. Isa Abu Kasim (Batang Kali) digantung enam bulan atas kesalahan mengkritik Selcat di media.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 178 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google