KUALA KANGSAR: Hakim kanan yang didakwa berbual dengan seorang peguam
mengenai usaha untuk melantik Ketua Hakim Negara pada 2002 yang dirakam secara
sulit melalui satu klip video, menafikan bahawa beliau adalah orang dihubungi
peguam terbabit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata
beliau sudah dihubungi hakim berkenaan yang menafikan pembabitannya.
“Peringkat awal, saya sudah dihubungi pihak hakim berkenaan dan beliau menafikan
suara sebelah sana (yang sedang berbual dengan peguam) adalah suara dia.
“(Dalam video klip) kita hanya lihat seorang saja bercakap, di sebelah sana
telefon kita tidak tahu siapa.. tetapi hakim berkenaan menghubungi saya dan
menafikan itu adalah dia dan itu bukan suara dia.
“Tetapi, seperti yang dikatakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,
kita kena siasat terlebih dulu kesahihan video klip itu,” katanya kepada
pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat Amanah Raya Berhad (ARB)
di Masjid Taman Kuala Kangsar di sini, malam kelmarin.
Klip video lapan minit yang dirakam secara sulit itu memaparkan visual perbualan
seorang peguam terkemuka membincangkan mengenai usaha untuk melantik seorang
hakim sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudian sebagai Ketua Hakim Negara.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, polis
akan menyiasat klip video itu bagi memastikan kesahihannya.
Abdullah yang turut menerima video klip itu bersama transkrip dihantar ke
pejabatnya berkata, polis perlu bertindak cepat menyiasat kes itu kerana ia
boleh menjejaskan nama baik sistem kehakiman di negara ini.
Mohamed Nazri yang bertanggungjawab terhadap portfolio undang-undang berkata,
pada peringkat sekarang siasatan perlu dijalankan bagi membuktikan kesahihan
rakaman itu terlebih dulu sebelum sebarang tindakan boleh diambil.
Beliau juga berkata, negara ini sebenarnya memiliki undang-undang menghalang
orang ramai mengambil tindakan yang boleh mendatangkan rasa kurang keyakinan
masyarakat terhadap sistem kehakiman negara.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran tindakan undang-undang boleh diambil
terhadap mana-mana pihak yang cuba menghakiskan keyakinan masyarakat terhadap
badan kehakiman, terutama jika kesahihan video klip itu diragui.
Mohamed Nazri turut mempertikaikan niat sebenar pihak yang menyebarkan serta
menghebohkan video klip itu kepada orang ramai.
“Saya berasa jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegakkan undang-undang dan
membersihkan sistem kehakiman, perkara ini tidak perlu diperhebohkan. Mereka
boleh menyerahkan terus video klip itu kepada polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR)
untuk disiasat.
“Kenapa perlu bawa perkara ini kepada akhbar dan orang ramai.. jadi kita boleh
pertikaikan niat mereka sama ada untuk kepentingan politik atau mahu badan
kehakiman bersih?” katanya.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).