PETALING JAYA: Satu klip video yang menunjukkan seorang peguam
veteran didakwa sedang mengatur pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi di
badan kehakiman didedahkan hari ini oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam berkenaan, Datuk V K Lingam, dipaparkan sedang berbual melalui telefon
dengan seorang individu yang didakwa hakim berkeduduan tinggi dan isi perbualan
mereka antaranya menyentuh nama-nama tokoh politik, yang juga seorang menteri,
dan tokoh perniagaan terkenal.
Video yang didakwa dirakam pada 2002 itu diserahkan kepadanya baru-baru ini,
kata Anwar di sidang media hari ini.
Di sidang media itu, video selama kira-kira lapan minit itu ditayangkan dan
transkrip isi perbualan tersebut diedarkan kepada media.
"Kami percaya perbualan tersebut dirakam di kediaman VK Lingam di Kelana Jaya,"
dakwa Anwar.
Dalam video tersebut, peguam berkenaan dapat dilihat dan didengar bercakap
dengan seseorang yang didakwa hakim kanan, dan percaturan mereka ini boleh
mempengaruhi proses perbicaraannya, jelas Anwar.
Beliau berkata lagi, pihaknya telah mengesahkan identiti lelaki dalam video
tersebut sebagai VK Lingam dan juga ketulenan video berkenaan.
Peguam itu kelihatan berbual tentang perancangan untuk memastikan hakim kanan
tersebut -- melalui usaha seorang ahli perniagaan yang bergelar Tan Sri dan
seorang menteri -- untuk melobi jawatan Ketua Hakim Negara dan kenaikan pangkat
beberapa hakim lain.
Anwar berkata, ketika mengulas kandungan video berkenaan, jika isi perbualan ini
benar-benar terjadi, maka ia memberi implikasi wujudnya konspirasi untuk
memusnahkan sistem perundangan.
Konspirasi itu, tambahnya, "untuk mempengaruhi hakim-hakim kanan agar membuat
keputusan penghakiman yang tidak berdasarkan undang-undang."
Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan sumber dan individu yang bertanggungjawab
merakam video itu.
"Pendedahan ini menguatkan apa yang saya yakini sebelum ini bahawa ada
konspirasi politik, rasuah besar yang melibatkan badan kehakiman, untuk
menjatuhkan saya," katanya, dengan menuduh menteri berkenaan turut terlibat
dalam usaha menjatuhkan kerjaya politiknya pada 1998.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada September 1998 dan
kemudiannya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.
Beliau bagaimanapun dibebaskan atas kesalahan liwat tetapi disabit terlibat
dengan salah guna kuasa.
Bekas pemimpin negara itu sering mendakwa konspirasi politik tetapi dinafikan
oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.
Anwar mendesak kerajaan supaya menubuhkan tribunal bebas untuk menyiasat perkara
tersebut.
Tambahnya, presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menemui
Majlis Raja-raja untuk menyerahkan video berkenaan "supaya Majlis Raja-raja
boleh mengambil tindakan mengikut perlembagaan supaya badan kehakiman kekal
bebas."
"Saya harap Majlis Raja-raja akan lebih berhati-hati semasa memberi keizinan
untuk melantik hakim-hakim kanan," katanya.
Anwar -- yang kini sedang cuba memohon untuk mendapatkan semakan kehakiman
(judicial review) bagi kes rayuan untuk mengetepikan tuduhan rasuah ke atasnya
-- juga berkata beliau sangsi dengan integriti panel hakim sekarang yang
dibentuk berdasarkan penyusunan hakim seperti didedahkan di dalam video tersebut.
"Selagi saya tidak diyakinkan bahawa hakim-hakim ini adalah berkecuali dan tidak
terlibat dengan urusan kotor ini, barulah saya ada kes untuk mendapatkan
judicial review," katanya lagi.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Workshop on Financial Planning (18 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this workshop will take place at 10:00 am, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 18 May 2012 (Friday). The workshop will be conducted by Chooi Kim Ying. Click on the link above for more details.
Seminar on an Introduction to the Industrial Relations Act (23 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 23 May 2012 (Wednesday). The seminar will be conducted by Wong Keat Ching. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.