KUALA LUMPUR: Polis akan mendedahkan identiti 30 lagi peguam yang disyaki
terbabit dalam pelbagai kes berkaitan pecah amanah dan salah guna kuasa
membabitkan wang pelanggan berjumlah jutaan ringgit, minggu ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof,
berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti peguam berkenaan dan kini
menyiapkan laporan penuh sebelum mendedahkannya kepada umum.
“Saya minta semua pihak beri sedikit lagi masa masa kepada polis untuk
menjalankan siasatan dan mengumpulkan maklumat lanjut mengenai peguam berkenaan
bagi memastikan laporan penuh yang dibuat kepada orang ramai tepat.
“Kita akan menyiapkan laporan itu secepat mungkin dan mengumumkannya minggu ini,”
katanya ketika dihubungi, semalam.
Nama dan identiti 30 lagi peguam itu ialah kumpulan kedua daripada 100 yang
disenaraikan sebagai dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung
kesalahan pecah amanah yang membabitkan wang pelanggan berjumlah jutaan ringgit.
Semalam, akhbar melaporkan polis mengeluarkan senarai identiti kumpulan pertama
membabitkan 25 bekas peguam yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan
berhubung 217 kes pecah amanah di seluruh negara bermula sejak 1995.
Polis percaya bekas peguam terbabit kebanyakannya sudah menghentikan operasi
firma guaman dan tidak lagi menjadi pengamal undang-undang. Kebanyakan kes yang
dilaporkan membabitkan urusan jual beli tanah dan rumah.
Ramli berkata, sehingga semalam, beliau belum mendapat maklumat ada antara 25
peguam yang didedahkan identitinya menerusi media itu kelmarin tampil menyerah
diri atau membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
“Sebenarnya polis masih menyiasat dan berusaha mengesan peguam atau bekas peguam
yang terbabit dalam kes seumpama itu untuk mendedahkan perbuatan mereka,”
katanya tetapi enggan menjelaskan angka sebenar mereka yang disyaki.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, berkata,
hampir 30 ahli disingkirkan atau ditarik balik lesen mereka tahun lalu selepas
didapati terbabit dalam salah laku serius amalan guaman termasuk pecah amanah,
penipuan atau rasuah.
Katanya, penyingkiran itu dibuat Lembaga Disiplin Majlis Peguam selepas
mendapati mereka melanggar kod etika amalan mengikut Akta Profesion Guaman 1976,
terutama jika melarikan wang milik anak guam masing-masing.
Beliau berkata, berikutan kesalahan yang dilakukan peguam terbabit, pihak Majlis
Peguam terpaksa membayar pampasan berjumlah kira-kira RM24 juta kepada mangsa
sepanjang tempoh kira-kira 20 tahun lalu.
“Majlis Peguam mempunyai Tabung Pampasan yang memperuntukkan RM1.2 juta setahun
bagi membayar pampasan kepada mangsa. Wang tabung itu diperoleh daripada
sumbangan peguam yang berkhidmat dengan badan itu,” katanya ketika dihubungi.
Ragunath berkata, Majlis Peguam memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis
dalam siasatan berhubung 25 kes bekas peguam yang dipercayai terbabit dalam 217
kes pecah amanah membabitkan wang pelanggan dipercayai puluhan juta ringgit itu.
“Kami sudah berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dua bulan
lalu dan pada 23 Mei lalu, kami bertemu pula dengan sepasukan Polis Kuala
Lumpur,” katanya.
2013 Bar Council subscription Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2013 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Starting a new Practice If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
International Arbitration Conference by CIArb Malaysia (22 to 24 Aug 2013) Organised by the Chartered Institute of Arbitrators, this conference will be held at Eastern & Oriental Hotel, 10 Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang, from 22 to 24 Aug 2013 (Thursday to Saturday). The conference carries 10 CPD points. Early-bird rate ends on 30 Apr 2013. Click on the link above for more details.
Seminar on Islamic Finance Regulatory Framework (23 May 2013) Organised by the Bar Council Professional Standards and Development Committee, this seminar conducted by Megat Hizaini Hassan will be held at 2:00 pm to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 23 May 2013 (Thursday). The seminar carries three CPD points. Click on the link above for more details.
8th LAWASIA Employment Law Conference, Cambodia (24 and 25 May 2013) Organised by The Law Association for Asia and the Pacific (“LAWASIA”), this conference featuring Lia Alizia and Brian Williamson, will be held at Tara Angkor Hotel, Vithei Charles de Gaulle, Siem Reap, Cambodia, at 8:45 am to 7:00 pm and 9:00 am to 5:30 pm, on 24 and 25 May 2013 (Friday and Saturday), respectively. The conference carries 10 CPD points. Click on the link above for more details.
MSLSSL and MCLJ Conference on Employment and Labour Laws 2013 (30 May 2013) Organised by the Malaysian Society for Labour and Social Security Law and Malaysian Current Law Journal, this conference entitled “Current Issues on Employment and Labour Laws” will be held at 8:30 am to 6:00 pm, at Grand Hyatt Kuala Lumpur, on 30 May 2013 (Thursday). The conference carries six CPD points. Click on the link above for more details.
“Transforming Criminal Justice” One-week Study Programme (25 to 29 Nov 2013) Organised by Public Administration International (“PAI”), this UK-based one-week study programme entitled “Transforming Criminal Justice: from Joined-up Justice to Multi-agency Approaches” will be held in London from 25 to 29 Nov 2013 (Monday to Friday). For further enquiries, please contact PAI by telephone at +44 (0)20 7580 3590, by fax at +44 (0)20 7580 4746, or by email at pai@public-admin.co.uk.