Disumbangkan oleh Mazni Ibrahim, Pegawai, berserta gambar oleh Ambran Abu Bakar, Pembantu Tadbir, Majlis Peguam
Pada 19 Okt 2011 (Rabu), Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (“DBP”) telah digegarkan oleh peserta-peserta Pertandingan Pidato Peguam. Acara yang julung kali diadakan di antara Majlis Peguam dan DBP, pertandingan pidato ini dianjurkan untuk menyemarakkan lagi Bulan Bahasa Kebangsaan yang biasanya berlangsung pada bulan Oktober setiap tahun.
Peserta-peserta pertandingan pidato ini terdiri daripada pelatih dalam kamar dan peguam yang baru beramal. Mereka telah menunjukkan kemahiran mereka dengan gaya dan mutu ucapan yang amat baik. Ianya diakui sendiri oleh Tony Woon Yeow Thong, Setiausaha Bar Malaysia, yang hadir bersama-sama untuk menyaksikan pertandingan tersebut dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan peserta-peserta pertandingan. Bak kata pepatah, ibarat melentur buluh, biarlah dari rebungnya, peserta-peserta muda pertandingan tersebut telah dibentuk dengan baik dan bakal menjadi peguam yang hebat suatu hari nanti.
Hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,500, RM1,000 dan RM750 bagi tempat pertama, kedua dan ketiga disumbangkan oleh Majlis Peguam. Ianya dimenangi oleh Muhammad Izzat b Md Jonid (tempat pertama), Ahmad Ziadi b Zaidon (tempat kedua) dan Muhammad Hafiz b Hood (tempat ketiga). Selain itu, peserta-peserta juga menerima hadiah saguhati berupa kamus yang disumbangkan oleh DBP berserta sijil penyertaan.
Sallehuddin Abg Shokeran, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, dalam ucapannya, menyatakan harapannya supaya kerjasama kedua-dua belah pihak penganjur dapat diteruskan pada masa akan datang, dan tidak semestinya semasa Bulan Bahasa Kebangsaan sahaja.
Akhir sekali, Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan dan sokongan pihak DBP – terutamanya pegawai-pegawai dan ahli-ahli jawatankuasa dari DBP – dan Majlis Peguam yang telah berusaha bersama-sama untuk menjayakan acara ini.
Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Tahun depan berjumpa lagi
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Workshop on Financial Planning (18 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this workshop will take place at 10:00 am, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 18 May 2012 (Friday). The workshop will be conducted by Chooi Kim Ying. Click on the link above for more details.
Seminar on an Introduction to the Industrial Relations Act (23 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 23 May 2012 (Wednesday). The seminar will be conducted by Wong Keat Ching. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.