Kunjungan Hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (23 Nov 2010)
Monday, 06 December 2010 04:17pm
Disumbangkan oleh Mazni Ibrahim, Pegawai, berserta gambar oleh Adi Irman, Pembantu Tadbir, Majlis Peguam.
Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Bahasa Melayu (“JBM”), Amirruddin bin Abu Bakar dan Mukhtar bin Abdullah telah mengetuai satu kunjungan hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (“DBP”) pada 23 Nov 2010. Mereka telah ditemani ahli JBM, Tieh Siaw Siong dan dua orang daripada Sekretariat Majlis Peguam. Delegasi Majlis Peguam disambut dengan mesra oleh Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Termuzi bin Abdul Aziz dan pegawai-pegawai DBP.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk merapatkan hubungan dua hala yang terjalin sebelum ini di samping berbincang mengenai program yang boleh dianjurkan bersama.
Dato’ Haji Termuzi memaklumkan bahawa DBP mengadakan “bulan bahasa” pada bulan Oktober setiap tahun dan ianya memberi impak yang agak baik. JBM dicadangkan mengambil bahagian bagi merancakkan lagi bulan bahasa tersebut. Selain daripada itu, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Sallehuddin Abang Shokeran mengusulkan satu program penghujahan kes yang belum pernah diadakan sebelum ini. Usul tersebut mendapat sambutan baik daripada JBM dan bakal dibincangkan bersama kelak.
Bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan, JBM telah menganjurkan Kelas Bahasa Melayu Perundangan bertempat di Badan Peguam pada 25 Nov 2010. Lanjutan daripada itu, JBM akan berhubung dan berbincang lebih lanjut dengan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Abd Ghapar bin Hj Abdullah untuk program bersama yang dapat memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini diharap dapat meningkatkan minat dan penyertaan ahli Majlis Peguam dan masyarakat umum dalam memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan dan bahasa rasmi.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Workshop on Financial Planning (18 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this workshop will take place at 10:00 am, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 18 May 2012 (Friday). The workshop will be conducted by Chooi Kim Ying. Click on the link above for more details.
Seminar on an Introduction to the Industrial Relations Act (23 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 23 May 2012 (Wednesday). The seminar will be conducted by Wong Keat Ching. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.